AEROBIK DAN ANAEROBIK
Terdapat dua jenis latihan utama iaitu latihan aerobik dan latihan anaerobik. Latihan aerobik membawa maksud aktiviti yang memerlukan oksigen untuk menghasilkan aktiviti, manakala anaerobik pula bermaksud aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan oksigen dalam proses penghasilan tenaga.
Latihan Aerobik ( Aerobic Exercise)
- Latihan Aerobik pula melibatkan latihan ataupun aktiviti yang berintensiti rendah dan dijalankan dalam tempoh masa yang lama.
- Latihan jenis ini melibatkan serta meningkatkan keupayaan penggunaan oksigen dalam badan (oxygen consumption). Latihan ini melibatkan penggunaan oksigen oleh badan untuk menghasilkan tenaga melalui proses metabolism.
- Metabolism bagi latihanaerobic melibatkan penggunaan serta kehadiran oksigen dalam prosespenghasilan tenaga. Metabolisma aerobic adalah oxidative phosphorylation seperti Kitar Krebs dan Electron Transport Chain.
- Terdapat banyak jenis latihan yang dapat digunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobik seseorang atlet seperti latihan interval, latihan fartlek, larian, berenang dan berbasikal.
- keupayaan aerobik selalunnya dikaitkan dengan keupayaan atau daya tanah kardiovaskular seseorang atlet. Latihan berterusan merupakan satu latihan yang sering digunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobik.
- Konsep FITT (F-Frequency, I-Intensity, T-type, T-Time) dalam latihan berterusan dalam latihan aerobik :
- Frequency : tidak kurang tiga kali seminggu dan sentiasa konsisten.
- Intensity : Intensiti adalah berdasarkan pada kawalan terhadap kadar denyutan nadi (Heart Rate-HR),Kadar denyutan nadi dapatditingkatkan atau diturunkan dengan mempercepatkan ataumelambatkan kadar pergerakan yang dilakukan.
- Type : Jenis latihan mestilahlatihan aerobik yang akan melibatkan pengulangan gerakan,pergerakan keseluruhan badan, pergerakan otot besar bagi sesuat tempoh yang dipanjangkan. Sebagai contoh latihan aerobik adalahlatihan Fartlek, latihan Interval dan Circuit Training.
- Time : Atlet harus menjalani latihan tidakkurang daripada 15 minit dengan kawalan kadar denyutan nadi(ditingkatkan/diturunkan- intensity) bagi meningkat keupayaan aerobik. Semakin lama tempoh latihan,maka semakin tinggi kadar peningkatan keupayaan aerobik.
Latihan Anaerobik (Anaerobic exercise)
- Latihan berintensiti tinggi dalam tempoh masa yang singkat yang menyebebkan berlakunya metabolosma anaerobik. Latihan jenis ini biasanya digunakan oleh atlet dalam sukan yang melibatkan tempoh yang singkat.
- Latihan anaerobik tidak melibatkan penggunaan oksigen bagi menghasilkan tenaga.
- Ada dua jenis metabolisma yang digunakan untuk menghasilkan tenaga yang digunakan dalam latihan anaerobik iaitu sistem ATP-PC dan Glikolisis.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj32GipJLtJd_QRwOTWhfok8GULjz-rarWEwFOVQOOyNLqY9fkrG2UmAyMCa5EkFLSQDG9IHeUAGJTezpWCDZXiKV12lqJdpmlA4BznNUWq8oA1HtnYXQGJ5xtbQmP1KrRhkDHvZNGTjjA/s1600/24.png)
- Antara jenis aktiviti anaerobik termasuklah 100m, angkat berat dan bola keranjang.
- Latihan anaerobik juga digunakan untuk meningkatkan kekuatan,kelajuan dan kuasa serta saiz otot berdasarkan keperluan sesuatu sukan tersebut.
- Contoh latihan anaerobik yang digunakan untuk meningkatkankeupayaan anaerobik seseorang atlet adalah latihan bebanan, latihan plyometrik,latihan isometric, circuit training. Latihan bebanan boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan otot dan kelajuan.
Kedua-dua respirasi aerobik dan anaerobik melibatkan reaksi kimia yang berlaku di dalam sel untuk menghasilkan tenaga, yang diperlukan untuk proses aktif.
Pernafasan aerobik berlaku di mitokondria dan memerlukan oksigen dan glukosa, dan menghasilkan karbon dioksida, air, dan tenaga. Persamaan kimia adalah C6H12O6 + 6O2 → 6CO2 + 6H2O (glukosa + oksigen -> karbon dioksida + air).
Pernafasan anaerobik juga menghasilkan tenaga dan menggunakan glukosa, tetapi menghasilkan kurang tenaga dan tidak memerlukan oksigen. Ini berguna dalam tisu yang mempunyai permintaan tenaga yang tinggi seperti dalam otot bekerja, di mana tidak ada oksigen yang mencukupi untuk menghasilkan semua tenaga yang diperlukan dengan menggunakan pernafasan aerobik sahaja. Pernafasan anaerobik berlaku di sitoplasma sel dan menghasilkan asid laktik. Persamaan kimia adalah C6H12O6 -> 2C3H6O3 (Glukosa -> Asid laktat). Asid laktik kemudiannya perlu dioksidasi kemudian kepada karbon dioksida dan kemudian air untuk menghalangnya. Proses ini memerlukan oksigen dan oleh itu mengikuti respirasi anaerobik terdapat hutang oksigen dalam sel, kerana oksigen diperlukan untuk memecahkan asid laktik yang dihasilkan.
TERIMA KASIH :)
Comments
Post a Comment